Jangan sesekali kalian setuju dengan kebathilan..jangan sesekali kalian benarkan kebathilan..jangan sesekali kalian bersama dengan kebathilan..jangan sesekali kalian campuri kebenaran dengan kebathilan..jangan sesekali kalian meletakkan kebathilan melepasi kebenaran..barulah kalian menjadi orang yang benar di atas kebenaran..

Sunday, 2 December 2012

Testimonial: Kes 8

NAMA
:
Mohd Hanafi Mohd Yasin
ALAMAT
:
No 2, Jalan SD 3/6, Taman Seri Duyung 3, Duyong 75460, Melaka.
TARIKH LAHIR
:
17-7-1978
JANTINA
:
Lelaki
BANGSA
:
Melayu
AGAMA
:
Islam
TARAF PENDIDIKAN
:
Ijazah Sarjana Muda
TARAF PERKAHWINAN
:
Berkahwin
TARIKH MULA DATANG KE RAUDHATUL IKHLAS
:
Mac 2010


Saya bersumpah dengan nama ALLAH apa yang saya akui ini adalah benar. Sekiranya tidak benar saya akan dilaknat ALLAH.

SEBAB DATANG KE RAUDHATUL IKHLAS:

Pada awalnya untuk tengok-tengok. Kemudiannya bertukar kepada ingin ditunjuki dan dipimpin menjalani jalan kebenaran ini.

KEADAAN SEKARANG:
(Nyatakan perubahan-perubahan yang dirasai selepas mendatangi Raudhatul Ikhlas)

Saya merasa takut dan tidak mahu terlibat dengan penzinaan, berhati-hati dalam berkata-kata, keinginan dunia semakin nipis, panas baran semakin luput, takut untuk membenarkan mata melihat dan menonton perkara lucah, takut membiarkan telinga mendengar perkara lucah dan suara wanita yang menggoda, takut untuk mengeluarkan kata-kata kotor, keinginan untuk mencari kebenaran dan berpegang kepada kebenaran semakin menebal, takut melakukan perkara yang mensyirikan tuhan, jiwa semakin tenang dan sentiasa ingin mencari dan mencapai keredhaan tuhan, sentiasa berhati-hati ketika menegur anak.

Dengan rahmat Nya saya dapat meninggalkan rokok, judi, karaoke, minum di kedai hingga pagi, kelab hiburan dan arak. Saya juga menolak segala jenis bomoh walaupun yang menggunakan ayat al-quran untuk kepentingan dunia dan peribadi, dan menjaga dosa 7 pintu langit.

KEADAAN SEBELUM MENDATANGI RAUDHATUL IKHLAS:
(Tuliskan dengan ringkas keadaan diri, masalah dan sebagainya sebelum mendatangi Raudhatul Ikhlas)

Saya merupakan seorang penzina, pendusta, penuh dengan keinginan dunia, tamak, panas baran, ketagih menonton video lucah, suka memaki hamun walaupun dalam keadaan bergurau, suka mendengar suara wanita yang menggoda, beramal untuk kesenangan dunia, mensyirikan tuhan dan berdoa di kubur, tidak redha dengan ketentuan tuhan, mempertikaikan ketentuan tuhan, penuh kata-kata kotor dalam hati tentang tuhan, penjudi (nombor ekor, kuda dan snooker), suka menyanyi di karaoke, perokok tegar, suka berbual-bual kosong di kedai minum samapi ke pagi, memukul anak tanpa belas kasihan, meninggalkan solat tanpa rasa berdosa, meninggalkan puasa di bulan ramadhan, pernah merasai arak, sering pergi ke kelab hiburan, dan pernah merujuk kepada bomoh.


KOMEN ANDA MENGENAI RAUDHATUL IKHLAS DAN JALAN INI

Menjelaskan tentang kebenaran dalam beragama dengan berlandaskan keikhlasan, menunjuki, membawa, memimpin dalam menjalani jalan kebenaran dan keikhlasan.

No comments:

Post a Comment