IKHLAS : Dalam apa jua ibadah - hanya semata-semata kerana ALLAH SWT.
TAUBAT : Selalu bertaubat dan sentiasa kekal di pintu taubat.
JAUHI SIFAT MAZMUMAH - Tentang halangan 7 pintu langit (Hadith Rasullulah SAW yang disampaikan kepada Muaz bin Jabal):
Jangan mengumpat dan buruk sangka,
Jangan beramal kerana dunia,
Jangan sombong,
Jangan Ujub',
Jangan hasad/dengki,
Jangan menganiaya - sesama makhluk, dan
Jangan sum'at dan riya'.
JAGA ZIKIR 300 PAGI & PETANG.
سُبْحَانَ اللهِ. اَلْحَمْدُ
للهِ. لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ. اللهُ أَكْبَرُ. لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ
بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ. x100
أَسْتَغْفِرُ
اللهَ الْعَظِيْمَ.x 100
اَللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَلِ مُحَمَّدٍ .x
100
ZIKIR JALAN KESEMPURNAAN - لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ
TAKDIR : Segala apa yang berlaku adalah takdir ALLAH SWT.
REDHA : Redha dengan segala takdir ALLAH SWT.
HAMBA/KEHAMBAAN : Berserah, Bergantung, Bersandar dan Berharap kepada ALLAH SWT.
SOLAT :
BERSIHKAN HATI DAN JIWA
SELALU INGAT TENTANG MATI DAN BERSEDIA MENGHADAPI KEMATIAN.
BENAR DI SISI TUHAN:
Beriman dengan rukun Islam (5 rukun Islam) dan rukun Iman (6 rukun Iman).
Ikhlas melakukan ibadah semata-mata kerana ALLAH SWT.
Redha dengan ALLAH SWT.
Menjadi hamba tuhan yang sebenar.
Patuhi hukum syariat.
Mencapai keredhaan ALLAH SWT.
Hidup adalah ibadah dan cinta kepada ALLAH SWT.
"Tidak ada yang lebih mulia dari ALLAH SWT., kerana kemuliaan segala sesuatu itu datang dengan dan daripada Nya. Maka tidak ada perkenalan yang lebih agung selain kenal Dia. Tidak ada pemandangan yang lebih indah daripada pemandangan di sisi Nya. Kalau syahwat dunia tergantung pada nafsu, sehingga dapat selesai setelah mati, kelazatan mengenal ALLAH tergantung pada hati, dan dapat hilang kerana mati. Oleh sebab hati tidak rosak kerana mati, bahkan kelazatannya akan semakin menggigit, sinarnya semakin terang-benderang, kerana keluar dari kegelapan."
Prinsip hidup yang utama yang membawa kebahagiaan adalah kenal dan mencintai ALLAH SWT. Ibadah kepada Nya adalah puncak tertinggi sekaligus tujuan yang luhur, kerana kelazatan selainNya akan sirna (hilang lenyap tanpa bekas), semuanya sia-sia. "HIDUP ADALAH IBADAH DAN CINTA" ... semoga kamu mencapainya.
Mata hati atau Bashirah ini terbuka di dalam hati orang-orang yang hampir, atau kuat taqarrubnya kepada ALLAH. Tiada suatu kuasa atau ilmu di dalam alam dunia ini yang dapat memberikan atau menghasilkan pandangan Bashirah ini, padahal manusia sangat memerlukan kepada bashirah ini untuk menyampaikannya ke Alam Ghaib, yang merupakan rahsia-rahsia Tuhan, kecuali ia tergolong orang-orang yang diberikan Tuhan kurnia khusus ini, iaitu menerusi ilmu yang melimpah keluar dari kesedaran diri terhadap ketuhanan ALLAH yang Esa yang terlimpah ke dalam hatinya mengenal alam kerahsiaanNya yang ghaib itu.
Apa yang perlu bagi orang awam ialah mencari orang yang memiliki Bashirah atau pandangan mata hati ini, yang mata hati mereka sentiasa celik terbuka, dan kita boleh menerima ilham atau intuisi dari mereka. Orang seperti inilah yang akan menjadi guru yang dapat membantu dan membimbing kita untuk membuka mata hati kita. Tentu sahaja orang seperti ini mata hatinya dapat menembus dinding Alam Ghaib dan mengenal ALLAH SWT. Saya menyeru anda supaya sedar dan segera bertaubat. Dengan taubat itu mudah-mudahan kita mendapat petunjuk dan hikmah. Masuklah menjadi ahli golongan yang berjalan kembali menuju ALLAH. Jangan sampai ditunggu hingga jalan itu tidak ada lagi orang yang dapat memberi petunjuk ke jalan itu. Apabila zahir dan bathin bersatu, atau apabila syari'at dan hikmah berpadu, barulah seseorang itu dapat mencapai taraf hakikat. Hakikat tidak dapat dicapai hanya melalui ilmu yang didapati melalui pancaindera. Melalui pancaindera semata-mata seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya, iaitu mengenal Yang Asal atau Zat. Ibadat yang sebenar memerlukan syari'at dan hakikat. Manusia dicipta untuk mengenal ALLAH.