Ali merupakan seorang yang
dilahirkan dalam keluarga Islam tetapi tidak mengerjakan solat. Dia berkawan
rapat dengan Ah Chong dan selalu melakukan kerja-kerja yang tidak baik.
Pada satu hari, mereka telah
mencuri ayam peliharaan Raju dan bercadang untuk membakar ayam tersebut di
dalam hutan. Sesampainya mereka di tengah hutan,..
Ah
Chong berkata “Apa kata kita ketuk sahaja kepala ayam ini untuk mematikannya?
Saya dah lapar ni..”
“Mana boleh, kita kena sembelih ayam ini..” jawab
Ali.
Ah
Chong bertanya “Bagaimana mahu sembelih ayam?”
“Kena
baca Bismillah dan sembelih di leher.” kata Ali.
Ah
Chong meminta “Oh, senang sahaja. Kalau begitu biar saja saya yang sembelih
ayam ini”
Ali
berkata “Mana boleh, saya yang kena sembelih ayam ini kerana orang Islam sahaja
yang boleh sembelih ayam ini.”
Mencari halal..ayam curi
apabila disembelih dengan membaca Bismillah oleh orang Islam yang tidak pernah
solat, adakah boleh menjadikan ayam tersebut menjadi halal untuk di makan?
Cuba
fikirkan…adakah syariat, hakikat dan makrifat boleh
diasing-asingkan..?
No comments:
Post a Comment