Sesampainya pemuda tersebut
ke pulau tersebut, dia mendapati kebanyakan penduduk pulau tersebut sibuk
mencari kulit kupang dan kerang.
Melihat kepada keadaan tersebut, pemuda itu menyertai kumpulan penduduk
tersebut untuk mencari kulit kupang dan kerang dan terlupa akan perintah
rajanya untuk mencari emas dan perak.
Beberapa pelaut dari negara pemuda itu singgah
ke pulau tersebut dan mengingatkan pemuda itu akan perintah raja untuk mencari
emas dan perak. Namun, pemuda itu tetap dengan usahanya mencari kulit kupang
dan kerang sehingga dia berjaya mengumpulnya dengan sangat banyak.
Sampai masa yang ditetapkan utusan raja menemui pemuda itu
menyampaikan perintah raja supaya pemuda itu datang menghadap rajanya. Pemuda
itu datang menghadap rajanya dengan membawa kulit kupang dan kerang yang sangat
banyak.
Maka raja bertanya kepada
pemuda tersebut: “Mengapa kamu membawa begitu banyak kulit kupang dan kerang?
Di mana emas dan perak yang beta mahu?”
Pemuda itu menjawab: “Hamba
lihat kebanyakan penduduk pulau itu mencari kulit kupang dan perak, hanya
sedikit sahaja yang mencari emas dan perak. Maka hamba menuruti kebanyakan
penduduk mencari kulit kupang dan perak.”
Adakah sang raja akan
menerima jawapan pemuda itu?
Anggap pemuda itu adalah anda…Anggap
raja itu adalah ALLAH s.w.t…Anggap emas dan perak itu adalah kesenangan akhirat
yang kekal abadi…Anggap kulit kupang dan kerang itu kesenangan dunia yang
sementara…Anggap pelaut itu adalah mereka yang selalu mendatangi untuk mengingatkan
kita tentang perintah ALLAH s.w.t…Anggap utusan itu adalah Malaikat Maut…
No comments:
Post a Comment