Jangan sesekali kalian setuju dengan kebathilan..jangan sesekali kalian benarkan kebathilan..jangan sesekali kalian bersama dengan kebathilan..jangan sesekali kalian campuri kebenaran dengan kebathilan..jangan sesekali kalian meletakkan kebathilan melepasi kebenaran..barulah kalian menjadi orang yang benar di atas kebenaran..

Wednesday 28 November 2012

Testimonial: Kes 5

NAMA
:
Mamu (bukan nama sebenar)
ALAMAT
:
Pulau Pinang (Pulau Mutiara)
TARIKH LAHIR
:
26-1-1987
JANTINA
:
Lelaki
BANGSA
:
Melayu
AGAMA
:
Islam
TARAF PENDIDIKAN
:
IPTA
TARAF PERKAHWINAN
:
Bujang
TARIKH MULA DATANG KE RAUDHATUL IKHLAS
:
Julai 2011


SEBAB DATANG KE RAUDHATUL IKHLAS:
Belajar ilmu kebatinan, mati akal dalam mencari jalan untuk meninggalkan maksiat dan mempunyai penyakit hati yang sangat parah (maki tuhan).


KEADAAN SEKARANG:
(Nyatakan perubahan-perubahan yang dirasai)

Saya mulai sedar tentang maksud kehidupan dan mulai sedar bertapa pentingnya penyerahan, pergantungan, pengharapan dan penyandaran.

Dengan izin tuhan dapat meninggalkan onani, video lucah, zina, liwat, lagu, movie, series, karaoke dan wayang gambar. Keinginan pada dunia berkurangan. Sedar betapa pentingnya 7 pintu langit (hadith) dalam kehidupan.

Mula mengetahui langkah-langkah awal dan keutamaan dalam beragama di mana sebelum ini celaru dan keliru dengan feqah, sirah, sunnah, dakwah, ketuhanan dan kerasulan. Menyedari keutamaan yang perlu diberikan dalam beragama.

Mula sedar yang selama ini saya adalah munafik tegar berwadahkan rupa agama dan kehidupan ini adalah sebenarnya untuk tuhan.


KEADAAN SEBELUM MENDATANGI RAUDHATUL IKHLAS:
(Tuliskan dengan ringkas keadaan diri, masalah dan sebagainya sebelum mendatangi Raudhatul Ikhlas)

Seorang ahli maksiat; zina, liwat, onani tegar (sehari sekali), pengemar video lucah yang tegar dan sewaktu dengannya.

Saya tidak faham maksud hidup dan keliru tentang agama.

Saya tidak mampu kawal syahwat yang melampau sehinggakan bersyahwat dengan orang tua dan kanak-kanak. Dan mati akal untuk menghilangkannya walaupun sudah banyak amal, sunah yang diikuti, ulamak yang diikuti, kumpulan-kumpulan agama yang diikuti, banyak hadith yang dihafal, pandai baca al-quran, pandai berdebat agama, dan pandai memberi penyampaian agama.

KOMEN ANDA MENGENAI RAUDHATUL IKHLAS DAN JALAN INI

Demi ALLAH, apa yang saya nyatakan semua adalah benar. Pada sekalian manusia tidak kira Islam dan bukan Islam..saya merayu sangat-sangat..datanglah ke Raudhatul Ikhlas dengan mengenepikan segala bentuk kefahaman agama walaupun confident dengannya.. sesungguhnya di sini ada kebenaran yang datang dari tuhan sekalian alam.

Testimonial: Kes 3

NAMA
:
Arifin bin Jalil
ALAMAT
:
Taman Koperasi Serkam Melaka
TARIKH LAHIR
:
18.10.1954
JANTINA
:
Lelaki
BANGSA
:
Melayu
AGAMA
:
Islam
TARAF PENDIDIKAN
:
-
TARAF PERKAHWINAN
:
Berkahwin
TARIKH MULA DATANG KE RAUDHATUL IKHLAS
:
September 2012


Dengan nama Allah, saya bersumpah bahawa apa yang saya nyatakan ini adalah benar, jika saya tipu saya rela dilaknat ALLAH.

SEBAB DATANG KE RAUDHATUL IKHLAS:
Mencari kebenaran di sisi ALLAH.


KEADAAN SEKARANG:
(Nyatakan perubahan-perubahan yang dirasai)

Sekarang saya tidak merokok, hidup saya tenang, dalaman dan luaran telah banyak berubah. Saya dapat mengetahui tentang sekatan tujuh pintu langit dan dapat mempraktikkannya.

Sekarang baru saya sedar bahawa saya ini hamba ALLAH yang hina dan tiada daya upaya tanpa pertolongan Nya.


KEADAAN SEBELUM MENDATANGI RAUDHATUL IKHLAS:
(Tuliskan dengan ringkas keadaan diri, masalah dan sebagainya sebelum mendatangi Raudhatul Ikhlas)

Pada muda saya seorang pemabuk, penzina, penjudi, panas baran serta cepat marah dan segala benda telah saya lakukan. Saya bermain ekor dan banyak lagi maksiat yang saya lakukan. Saya merupakan perokok tegar.

Saya pernah belajar ilmu yang tidak benar dan banyak menggunakan perewang-perewang dan khadam-khadam ayat. Saya beramal kerana nak kuat dan gagah. Saya pernah bersuluk untuk tujuan sesuatu di gua Sulaiman.

KOMEN ANDA MENGENAI RAUDHATUL IKHLAS DAN JALAN INI
Inilah satu-satunya jalan yang dapat mengubah diri saya. Inilah jalan yang menunjukkan jalan mendekatkan diri kepada ALLAH. Kunjungilah Raudhatul Ikhlas kepada sesiapa yang ingin kembali kepada ALLAH.

Saturday 24 November 2012

PENUTUPAN RUANGAN KOMEN


Mukaddimah

Salam penuh hormat dari kami. Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita semua. 

Pertamanya, kami bagi pihak PanjiLangit, ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pengunjung2 blog Panjilangit. Jika dilihat web traffic nya, tiba2 mendadak naik terutamanya apabila kami uploadkan klip video bertajuk Dialog Imam PanjiLangit dan Iblis, siri 1.0 dan siri 2.0. Blog kami terus mendapat hit mendadak sehinggalah sekarang. Alhamdulillah.

Wafatnya Al-Masih Isa ibnu Maryam??


Wafatnya al-Masih Isa ibnu Maryam?? (Siri 2.0)
- Pandangan Daripada Sumber-Sumber Islam
Nabi Isa adalah satu-satunya al-Masih yang telah dijanjikan Allah. Kewafatannya merupakan satu tajuk yang menarik sekali di kalangan umat Islam. Ada yang berhemat bahawa dia tidak mati dibunuh tetapi diselamatkan oleh Tuhan di saat-saat terakhir, ada pula yang berkata sememangnya al-Masih `Isa ibnu Maryam itu sudah pun mati dengan kerelaan Tuhan. Sebenarnya, al-Quran sendiri telah mengesahkan hakikat ini secara muktamad dan jelas.

Kisah kewafatan al-Masih Isa ibnu Maryam siri 2.0 kali ini merujuk kepada beberapa sumber-sumber yang sahih lagi berautoriti dan berwibawa seperti al-Quranul-Karim, Hadith-hadith sahih serta tafsir-tafsir Ulamak-ulamak ahlus sunnah wa'l jamaah yang terkenal. Bagi mereka yang menolak tentang pendapat ini, cuba renungkan betul-betul dengan hati yang penuh tawadduk dan ikhlas, ikhlas, ikhlas! berserta niat yang benar, bertawajjuh kepada Allah untuk memberikan petunjuk yang benar.   

Sunday 11 November 2012

WAFATNYA AL-MASIH ISA IBN MARYAM??



NABI ISA A.S TELAH WAFAT
BERDASARKAN BUKTI-BUKTI  DARI AL QURAN

Karya asal boleh didapatkan dari link berikut: http://studiislam.wordpress.com/2007/11/23/nabi-isa-as-telah-wafat/

[Perbezaan pertama antara kaum Ahmadi dengan kaum muslimin pada umumnya adalah berhubung dengan kematian Nabi Isa a.s. Rata-rata kaum muslimin percaya bahawa Nabi Isa a.s. masih hidup di langit dengan jasadnya, namun kaum Ahmadiyyah dan juga para Ulama intelektual yang menelaah percaya bahawa - seperti para nabi yang lain, Nabi Isa a.s. telah wafat. Al Qur'an secara jelas membuktikan bahawa Nabi Isa a.s. telah wafat seperti manusia lain dan tidak hidup lagi di manapun. Jelas sekali dinyatakan bahawa Nabi Isa a.s. memiliki sifat-sifat kemanusiaan, dan tidak memiliki sifat-sifat ketuhanan, beliau hanyalah hamba Allah dan Rasul-Nya. Kerana itu sejak lahir hingga wafat, dia tunduk pada keterbatasan fisik dan biologi yang telah ditentukan Tuhan untuk manusia.]

Saturday 10 November 2012

ORANG ALIM




Masyarakat sekarang melihat kealiman seseorang itu melalui penampilan luarannya.. lagi besar serban,lagi labuh jubah, lagi hitam dahi, makanya orang itu akan dikatakan sebagai seorang yang alim. Masyarakat juga akan melihat kelulusan yang mereka ada, lagi tinggi kelulusan lagi alim lah orang itu..keluaran Al-Azharkah, keluaran universiti tersohorkah atau keluaran madrasah-madrasah terbilangkah.

Sehinggakan, apabila datang seseorang yang biasa (tidak berserban, berjubah dan tidak mempunyai kelulusan yang tinggi) untuk menyampaikan kebenaran yang sememangnya benar (jangan mengumpat, jangan beramal kerana dunia, jangan sombong, jangan ujub’, jangan hasad, jangan menganiaya dan jangan sum’at atau riya’, serta mengajak orang supaya sentiasa ikhlas dalam setiap perkara), mereka akan meraguinya dan dengan mudah mereka menolaknya.

Cuba fikirkan..adakah Nabi Muhammad s.a.w. itu berkelulusan Al-Azhar? bukankah Muhammad s.a.w. itu nabi yang ummi? bagaimanakah pakaian baginda? Dan bagaimanakah pakaian nabi-nabi sebelum itu? Isa a.? Ibrahim a.s.? adakah mereka berserban dan berjubah?

SALAH SANGKA SI IBLIS




Iblis telah menyangka bahawa disebabkan Adam dia telah dicampakkan keluar dari syurga dan menerima kemurkaan Tuhan. Namun, sebenarnya kemurkaan Tuhan itu berlaku kerana dia tidak mematuhi perintah Tuhan untuk sujud kepada Adam.

Cuba fikirkan.. setelah kita melakukan kesalahan, adakah kita sibuk mencari alasan atau terus bertaubat atas dosa yang menyebabkan kemurkaan Tuhan?

ILMU AGAMA



Nuklear itu boleh menjadi suatu tenaga yang baik dan amat menjimatkan, ia juga boleh menjadi suatu tenaga yang amat merbahaya dan mampu memusnahkan dunia.

Ilmu agama itu juga begitu, andai ilmu itu diperolehi oleh orang yang benar tanpa dipengaruhi oleh nafsu, maka ia akan jadi amat berguna sehingga boleh menanggalkan kebathilan dan kejahilan. Namun, andai ilmu itu diperolehi oleh mereka yang dusta dan selalu mengikut hawa nafsu, maka ia akan merosakkan masyarakat dan membuat mereka bertambah sesat di dalam kebathilan.

Cuba fikirkan..adakah kita pernah memerhatikan keadaan nafsu mereka yang mahu kita jadikan guru?