Jangan sesekali kalian setuju dengan kebathilan..jangan sesekali kalian benarkan kebathilan..jangan sesekali kalian bersama dengan kebathilan..jangan sesekali kalian campuri kebenaran dengan kebathilan..jangan sesekali kalian meletakkan kebathilan melepasi kebenaran..barulah kalian menjadi orang yang benar di atas kebenaran..

Saturday 16 February 2013

Ingat wahai kalbu....

"Hanya beriman kepada Tuhan yang Tunggal (Esa). Tidak ada bisikan kepentingan manusia dalam hati kita, dan hanya Allah saksinya. Melepaskan kepada seluruh alam asap-asap menawan. Mengajak seluruh Alam ciptaan Allah kepada iman yang luas dan lurus, tidak menimbulkan kerumitan, dan suci daripada sangkaan-sangkaan. Yang ADA hanya IMAN, MENYERAH, IBADAH DAN TENGGELAM DIDALAM LAUTAN CINTA DAN CAHAYA KEBENARAN DAN KEINDAHAN......
 
"Kita mewarisi Pusaka yang bukanlah berupa lompatan daripada lompatan nafsu yang meledak-ledak, atau suatu getaran daripada getaran-getaran akal yang berjalan sesuai dengan kemahuan khayalan, sirna bersama perjalanan generasi. Akan tetapi, yang kita warisi adalah kesimpulan terakhir yang kita kena capai dari peperangan hati, akal, wahyu, roh dan ilham, @ anugerah dan cahaya dari sumber yang samar, sumber kegeniusan yang tunggal"......
 
"Mereka adalah kaum yang mendapat redha Allah, dan mereka redha kepada-Nya. Mereka menjual dunia akhiratnya dengan cinta. Maka Allah memilih dan menjadikan mereka sebagai menara petunjuk.... Carilah rahsia yang tersembunyi, yang perlu dihantar jiwa ini kepada petunjuk itu, mencucuh lilin yaqin dihati dan memberi kelegaan besar kepada perasaan.. Yang tenang, bersih, lega serta tenteram....Yang tidak akan terdorong oleh kekejaman fikiran dalam jurang prasangka, tidak terpelanting jauh oleh gelojak bimbang, dan tergelincir ke dalam kabus kepedihan atau ke dalam gelap kebingungan"....sampai kita dapat memegang kunci untuk membuka pintu keyakinan sehingga nampak cahaya dalam alam roh....

Friday 8 February 2013

PERKARA-PERKARA YANG DISAMPAIKAN/DIINGATKAN OLEH IMAM JA'AFAR ROBANI

IKHLAS : Dalam apa jua ibadah - hanya semata-semata kerana ALLAH SWT.
 
TAUBAT : Selalu bertaubat dan sentiasa kekal di pintu taubat.
 
JAUHI SIFAT MAZMUMAH - Tentang halangan 7 pintu langit (Hadith Rasullulah SAW yang disampaikan kepada Muaz bin Jabal):
    • Jangan mengumpat dan buruk sangka,
    • Jangan beramal kerana dunia,
    • Jangan sombong,
    • Jangan Ujub',
    • Jangan hasad/dengki,
    • Jangan menganiaya - sesama makhluk, dan
    • Jangan sum'at dan riya'.
JAGA ZIKIR 300 PAGI & PETANG.
سُبْحَانَ اللهِ. اَلْحَمْدُ للهِ. لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ. اللهُ أَكْبَرُ. لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ. x100
    أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ.x 100
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَلِ مُحَمَّدٍ .x 100
ZIKIR JALAN KESEMPURNAAN - لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ
 
TAKDIR : Segala apa yang berlaku adalah takdir ALLAH SWT.
 
REDHA : Redha dengan segala takdir ALLAH SWT.
 
HAMBA/KEHAMBAAN : Berserah, Bergantung, Bersandar dan Berharap kepada ALLAH SWT.
 
SOLAT :
    • Tak Cukup, cukupkan.
    • Tak khusyuk, khusyukkan.
    • Lamakan sujud, banyakkan sujud dan banyakkan tempat sujud.
BERSIHKAN HATI DAN JIWA
 
SELALU INGAT TENTANG MATI DAN BERSEDIA MENGHADAPI KEMATIAN.
 
BENAR DI SISI TUHAN:
    • Beriman dengan rukun Islam (5 rukun Islam) dan rukun Iman (6 rukun Iman).
    • Ikhlas melakukan ibadah semata-mata kerana ALLAH SWT.
    • Redha dengan ALLAH SWT.
    • Menjadi hamba tuhan yang sebenar.
    • Patuhi hukum syariat.
    • Mencapai keredhaan ALLAH SWT.
    • Hidup adalah ibadah dan cinta kepada ALLAH SWT.
 
"Tidak ada yang lebih mulia dari ALLAH SWT., kerana kemuliaan segala sesuatu itu datang dengan dan daripada Nya. Maka tidak ada perkenalan yang lebih agung selain kenal Dia. Tidak ada pemandangan yang lebih indah daripada pemandangan di sisi Nya. Kalau syahwat dunia tergantung pada nafsu, sehingga dapat selesai setelah mati, kelazatan mengenal ALLAH tergantung pada hati, dan dapat hilang kerana mati. Oleh sebab hati tidak rosak kerana mati, bahkan kelazatannya akan semakin menggigit, sinarnya semakin terang-benderang, kerana keluar dari kegelapan."
Prinsip hidup yang utama yang membawa kebahagiaan adalah kenal dan mencintai ALLAH SWT. Ibadah kepada Nya adalah puncak tertinggi sekaligus tujuan yang luhur, kerana kelazatan selainNya akan sirna (hilang lenyap tanpa bekas), semuanya sia-sia. "HIDUP ADALAH IBADAH DAN CINTA" ... semoga kamu mencapainya.
 
Mata hati atau Bashirah ini terbuka di dalam hati orang-orang yang hampir, atau kuat taqarrubnya kepada ALLAH. Tiada suatu kuasa atau ilmu di dalam alam dunia ini yang dapat memberikan atau menghasilkan pandangan Bashirah ini, padahal manusia sangat memerlukan kepada bashirah ini untuk menyampaikannya ke Alam Ghaib, yang merupakan rahsia-rahsia Tuhan, kecuali ia tergolong orang-orang yang diberikan Tuhan kurnia khusus ini, iaitu menerusi ilmu yang melimpah keluar dari kesedaran diri terhadap ketuhanan ALLAH yang Esa yang terlimpah ke dalam hatinya mengenal alam kerahsiaanNya yang ghaib itu.
 
Apa yang perlu bagi orang awam ialah mencari orang yang memiliki Bashirah atau pandangan mata hati ini, yang mata hati mereka sentiasa celik terbuka, dan kita boleh menerima ilham atau intuisi dari mereka. Orang seperti inilah yang akan menjadi guru yang dapat membantu dan membimbing kita untuk membuka mata hati kita. Tentu sahaja orang seperti ini mata hatinya dapat menembus dinding Alam Ghaib dan mengenal ALLAH SWT. Saya menyeru anda supaya sedar dan segera bertaubat. Dengan taubat itu mudah-mudahan kita mendapat petunjuk dan hikmah. Masuklah menjadi ahli golongan yang berjalan kembali menuju ALLAH. Jangan sampai ditunggu hingga jalan itu tidak ada lagi orang yang dapat memberi petunjuk ke jalan itu. Apabila zahir dan bathin bersatu, atau apabila syari'at dan hikmah berpadu, barulah seseorang itu dapat mencapai taraf hakikat. Hakikat tidak dapat dicapai hanya melalui ilmu yang didapati melalui pancaindera. Melalui pancaindera semata-mata seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya, iaitu mengenal Yang Asal atau Zat. Ibadat yang sebenar memerlukan syari'at dan hakikat. Manusia dicipta untuk mengenal ALLAH.

Wednesday 2 January 2013

KENYATAAN PENAFIAN

KENYATAAN PENAFIAN:

Kami dengan ini menafikan sekeras kerasnya fitnah yang dilemparkan oleh sesetengah individu berkenaan blog ini.
  1. Kami menafikan bahawa kami membawa ajaran baru.
  2. Kami menafikan bahawa Panji Langit adalah satu kumpulan atau pertubuhan. Ia hanya digunakan sebagai nama untuk blog ini.
  3. Kami menafikan bahawa kami atau sesiapa di kalangan kami dipenjarakan atas sebab membawa atau mengamalkan ajaran yang salah.
  4. Kami menafikan bahawa ada antara kami yang mengisytiharkan bahawa dia adalah Imam Mahadi.
  5. Kami juga menafikan bahawa kami ada menyeru perkara/makhluk/sesuatu yang bathil/kotor/jahat.

Berikut adalah seruan kami kepada seluruh alam:

Wahai sekalian alam! Dengarkanlah tawaranku, terimalah tawaranku… Berimanlah dengan ALLAH, kembalilah kepada ALLAH.. Tuhanku, Tuhan kalian semua..Dialah yang menguasai hari pembalasan, Dialah yang kita sembah, Dialah tempat kita meminta pertolongan.

Dengarlah tawaranku..terimalah tawaranku. Ikutilah aku dalam syahadah..

أَشْهَدُ أَن لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ

Dengan ini kami mengisytiharkan bahawa:
  1. Kami mengamalkan Al-Quran dan Hadith yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
  2. Kami menjalankan usaha membawa mereka yang mendatangi kami kepada keikhlasan (melakukan sesuatu semata mata kerana ALLAH S.W.T..)
  3. Kami menganjurkan supaya setiap mereka yang mendatangi kami berzikir memuji ALLAH semata mata kerana ALLAH.
  4. Kami menganjurkan supaya setiap mereka yang mendatangi kami supaya menjaga diri agar tidak mengumpat, beramal kerana dunia, sombong, ujub, hasad/dengki, tidak mengasihi dan suma'ah/riak.

Bersama ini disertakan terbitan berkenaan Aktiviti Yang Dijalankan Di Raudhatul Ikhlas.

Sekian, terima kasih.

Klik di sini untuk memuat turun kenyataan ini.

Wednesday 5 December 2012

Ketahuilah..

Ketahuilah ucapan dua kalimah syuhadat yang hanya dilafaz dimulut tanpa mengerti apakah sebenarnya hakikat syuhadat tersebut adalah dinamakan syuhadat tanda. Hujung jatuh akan hakikat syuhadat tanda ini adalah bertujuan supaya satu-satu masyarakat yang mengaku diri mereka adalah islam turut sama mengiktiraf bahawa manusia yang mengucap dua kalimah syuhadat semacam tadi adalah berugama islam seperti mereka jua. Tetapi sebenarnya Syuhadat sedemikian itu adalah kosong dan tidak memberi erti apa-apa serta tidak bermaya. Ertinya jika diibarat Besi. Maka Besi semacam itu adalah Besi Tawar yg tidak pernah mengerti apa makna tajam. Ia hanya semata2 bergelar besi tetapi tidak berguna untuk apa jua pun, kerana perlu ditegaskan bergunanya Besi pada sebatang pisau itu adalah kerana tajamnya. Kerana tajam itu sebenar2 tubuh besi itu. Juteru itu maka bagi mereka yang hanya mengerti melafazkan dua kalimah syuhadat tetapi jahil daripada mengerti hakikat syuhadat maka manusia sebegini adalah manusia (islam kerana manusia) dan ianya bukan sekali-kali (islam keran Allah) dengan itu maka untuk menjadi Islaminallah, maka seseorang itu haruslah mengetahui dan memahami serta dapat duduk pada hakikat syuhadat sebenarnya. Manusia yg bersyuhadat tanda adalah manusia yg mengaku bahawasanya dirinya adalah islam tetapi pada hakikatnya kosong tiada berisi apa-apa. Mereka kosong seperti seperti sebiji padi yg tidak berisi (hampa). Ianya tidak tahan untuk menghadapi ujian Allah dan bergerak mengikut arus tanpa haluan. Bila sahaja ditiup angin ujian nescaya terbanglah ia mengikut arusnya dan manusia ini tidak mungkin mendapat petunjuk daripada Tuhannya dan rugi. Boleh digelar juga manusia islam kulit. Mereka ini tidak mempunyai pegangan malahan pegangannya adalah bergantung terus kepada pegangan manusia lain. Mereka jua bolehlah dianggap sebagai burung tiong yg pandai berkata-kata tetapi dia sendiri tidak memahami yg cuba menjadi apa ygn dicakapkannya. 

....Oleh itu janganlah kita menjadi besi tawar atau burung Tiong yang cuba menjadi manusia... Fahamilah kalimah syuhadat ini baik-baik kerna ianya adalah pokok atau asas kalimah untuk menentukan kita dengan Allah swt.. Kalimah pokok yang menjadi tunjang kepad ilmu ketuhanan dan asas untuk membezakan kita dengan haiwan-haiwan yang lain...

Sunday 2 December 2012

Testimonial: Kes 10

NAMA
:
Haji Abd Rahman Jesudas
ALAMAT
:
522, Jalan Tengkera, Tengkera, 75200 Melaka.
TARIKH LAHIR
:
24 Julai 1951
JANTINA
:
Lelaki
BANGSA
:
India
AGAMA
:
Islam
TARAF PENDIDIKAN
:
Ijazah (Royal Melbourne Australia)
TARAF PERKAHWINAN
:
Berkahwin
TARIKH MULA DATANG KE RAUDHATUL IKHLAS
:
September 2011

Saya bersumpah atas nama ALLAH bahawa apa yang saya nyatakan adalah benar dan sekiranya tidak benar saya sanggup dilaknati ALLAH s.w.t.

SEBAB DATANG KE RAUDHATUL IKHLAS:

Untuk Tanya apa sebab Imam Alias tidak terlibat dalam tabligh dan ingin mengetahui tentang pengelibatan dengan seorang ustad dalam kumpulan zikir.

KEADAAN SEKARANG:
(Nyatakan perubahan-perubahan yang dirasai selepas mendatangi Raudhatul Ikhlas)

Diri merasa begitu tenang sekali.

Saya sentiasa sedar bahawa diri ini ialah cuma hamba kepada ALLAH dan tiada apa-apa pun yang lebih berkuasa melainkan ALLAH s.w.t. Saya sentiasa percaya dan bersyukur terhadap setiap ketentuan yang diaturkan oleh ALLAH s.w.t.

Saya juga mengetahui betapa pentingnya amalan zikir dalam kehidupan harian.

KEADAAN SEBELUM MENDATANGI RAUDHATUL IKHLAS:
(Tuliskan dengan ringkas keadaan diri, masalah dan sebagainya sebelum mendatangi Raudhatul Ikhlas)

Jiwa tidak tenang dan menghadapi pelbagai masalah kewangan dan keluarga.

Saya lebih meyakini kegiatan tabligh lebih dari yang lain. Saya diyakini dan dinasihati oleh ahli tabligh bahawa segala kesusahan dan kesulitan akan selesai jika keluar 4 bulan.

Saya memandang rendah, kurang yakin dan tiada rasa hormat pada kewibawaan terhadap Imam Ja’afar dan ahli-ahlinya. Saya rasa hairan dan geli hati melihat penampilan seorang ketua yang disanjungi oleh ahli-ahlinya. Terutamanya terhadap pemakaian Imam yang memakai serban berwarna biru.

KOMEN ANDA MENGENAI RAUDHATUL IKHLAS DAN JALAN INI
Saya yakin jalan ini adalah jalan yang ditunjuk oleh ALLAH dan nabi.

Testimonial: Kes 9

NAMA
:
Saiful Sabdan
ALAMAT
:
550-C, Kampung 9, Jalan Tengkera, 75200 Melaka.
TARIKH LAHIR
:
29-12-1986
JANTINA
:
Lelaki
BANGSA
:
Melayu
AGAMA
:
Islam
TARAF PENDIDIKAN
:
SPM
TARAF PERKAHWINAN
:
Bujang
TARIKH MULA DATANG KE RAUDHATUL IKHLAS
:
Tahun 2010


Dengan nama Allah Yang Maha Mulia saya mengaku apa yang saya tulis benar, sekiranya saya bohong saya akan dilaknat ALLAH s.w.t.

SEBAB DATANG KE RAUDHATUL IKHLAS:
Untuk menyelesaikan masalah dalaman diri dan ditunjuki ke jalan yang benar dan diterima ALLAH s.w.t.

KEADAAN SEKARANG:
(Nyatakan perubahan-perubahan yang dirasai selepas mendatangi Raudhatul Ikhlas)

Saya merasai diri saya mula takut pada ALLAH dan azab Nya. Saya mula takut nak tinggal solat fardhu, takut nak buat dosa, maksiat kerana putus hubungan dengan ALLAH lebih sakit dari putus hubungan dengan kekasih.

Masalah dalaman saya mulai kurang da nada perubahan..dengan izin ALLAH pasti hilang.

KEADAAN SEBELUM MENDATANGI RAUDHATUL IKHLAS:
(Tuliskan dengan ringkas keadaan diri, masalah dan sebagainya sebelum mendatangi Raudhatul Ikhlas)

Saya seorang pendosa, maksiat, tinggalkan solat fardhu, tidak puasa bulan ramadhan dengan sengaja, kaki disco, minum arak, mencuri duit keluarga, kaki judi, berzina, liwat, malas kerja, sombong, pengambil dadah, ais, ganja, pil, disko, dan lain-lain benda yang memudaratkan saya. Terlibat dengan masalah dalaman menghina dan menolak ALLAH dan kebenaran.

KOMEN ANDA MENGENAI RAUDHATUL IKHLAS DAN JALAN INI

Pertama sekali syukur sangat-sangat pada ALLAH s.w.t. pilih saya dalam jalan ini.
Raudhatul Ikhlas dan jalan ini saya akui memang sangat-sangat berkesan pada saya dan orang lain kerana saya ditunjuki oleh orang-orang yang benar dan dirahmati ALLAH s.w.t.

Testimonial: Kes 7


NAMA
:
Mohd Fadli Kamis
ALAMAT
:
JB2809 Taman IKS Pulai Indah Lorong 8, 77300 Pulai, Melaka
TARIKH LAHIR
:
8-10-1977
JANTINA
:
Lelaki
BANGSA
:
Melayu
AGAMA
:
Islam
TARAF PENDIDIKAN
:
SPM
TARAF PERKAHWINAN
:
Bujang
TARIKH MULA DATANG KE RAUDHATUL IKHLAS
:
Julai 2011


Dengan nama Allah, apa yang saya tulis ini benar. Jika saya berbohong, saya akan menerima kutukan tuhan.

SEBAB DATANG KE RAUDHATUL IKHLAS:

Hidup dalam kekeliruan dan kekusutan dan ingin kembali kepada kebenaran.

KEADAAN SEKARANG:
(Nyatakan perubahan-perubahan yang dirasai setelah mendatangi Raudhatul Ikhlas)

Dengan nama ALLAH apa yang saya sampaikan adalah benar. Dengan izin ALLAH hidup kembali tenang, hidup ada hala tuju, kembali beribadat dengan tuhan dan belajar menjadi orang yang ikhlas dalam menjalani seluruh kehidupan.

KEADAAN SEBELUM MENDATANGI RAUDHATUL IKHLAS:
(Tuliskan dengan ringkas keadaan diri, masalah dan sebagainya sebelum mendatangi Raudhatul Ikhlas)

Saya terlibat dalam maksiat yang tegar seperti zina, dadah, karaoke, clubbing, arak, bercampur dengan kumpulan gangster, melawan ibubapa, suka sekodeng perempuan, video lucah. Terlibat dengan perkara kebathilan dengan ilmu pengasih, ilmu kebal, mentera, nombor ekor dan pemujaan. Hidup sangat hipokrit dan munafik.

Saya juga terlibat dengan persatuan selendang merah, budi suci, cakra alam dan silat cekak, tetapi dalam masa yang sama saya banyak terlibat dengan maksiat. Apa yang saya amalkan itu tidak mampu membawa saya kepada kedekatan dengan tuhan, tetapi lebih menjadikan saya orang yang semakin sombong dan riak.

Saya telah salah faham dengan apa yang saya belajar itu kononnya akan dibantu oleh malaikat ALLAH ketika dalam keadaan terdesak tetapi dalam masa yang sama hubungan saya dengan tuhan tidak ikhlas kerana sering mengharapkan kelebihan.


KOMEN ANDA MENGENAI RAUDHATUL IKHLAS DAN JALAN INI

Bagi mereka yang ingin kembali kepada kebenaran, datanglah. Di sini pasti anda akan temui jalan yang lurus itu. Jalan orang orang yang benar benar ikhlas.