Jangan sesekali kalian setuju dengan kebathilan..jangan sesekali kalian benarkan kebathilan..jangan sesekali kalian bersama dengan kebathilan..jangan sesekali kalian campuri kebenaran dengan kebathilan..jangan sesekali kalian meletakkan kebathilan melepasi kebenaran..barulah kalian menjadi orang yang benar di atas kebenaran..

Saturday 10 November 2012

ORANG ALIM




Masyarakat sekarang melihat kealiman seseorang itu melalui penampilan luarannya.. lagi besar serban,lagi labuh jubah, lagi hitam dahi, makanya orang itu akan dikatakan sebagai seorang yang alim. Masyarakat juga akan melihat kelulusan yang mereka ada, lagi tinggi kelulusan lagi alim lah orang itu..keluaran Al-Azharkah, keluaran universiti tersohorkah atau keluaran madrasah-madrasah terbilangkah.

Sehinggakan, apabila datang seseorang yang biasa (tidak berserban, berjubah dan tidak mempunyai kelulusan yang tinggi) untuk menyampaikan kebenaran yang sememangnya benar (jangan mengumpat, jangan beramal kerana dunia, jangan sombong, jangan ujub’, jangan hasad, jangan menganiaya dan jangan sum’at atau riya’, serta mengajak orang supaya sentiasa ikhlas dalam setiap perkara), mereka akan meraguinya dan dengan mudah mereka menolaknya.

Cuba fikirkan..adakah Nabi Muhammad s.a.w. itu berkelulusan Al-Azhar? bukankah Muhammad s.a.w. itu nabi yang ummi? bagaimanakah pakaian baginda? Dan bagaimanakah pakaian nabi-nabi sebelum itu? Isa a.? Ibrahim a.s.? adakah mereka berserban dan berjubah?

No comments:

Post a Comment