Hadis Sahih Muslim No. 2483 Jilid 4 (Topiknya
adalah Kiamat)
(No. 2483).
Dari Abu Hurairah r.a. katanya
Rasulullah saw. bersabda: "Segeralah kamu beramal sebelum terjadi enam
perkara:
(1)
Sebelum matahari terbit dari Barat.
(2)
Keluar asap atau kabut.
(3)
Keluar Dajjal.
(4)
Keluar Dabbah (binatang melata).
(5)
Peristiwa yang menimpa diri mu sendiri (maut).
(6)
Peristiwa yang menimpa orang banyak (kiamat).
Hadis di atas adalah daripada hadis
nombor 2483 dari Hadis Sahih Muslim berkenaan hari Kiamat. Apa pemahaman kita
tentang perkara pertama sehingga keempat? Bagaimana pula turutannya? Bagaimana
pula turutan yang sepatutnya? Terjejaskah iman kita sekiranya tanda-tanda besar
tersebut keluar tanpa mengikut kefahaman yang kita jangkakan?
Contohnya, bagaimana sekiranya matahari
terbit dari Barat berlaku dahulu? Di mana Imam Mahadi yang dijanjikan? Di mana
Nabi Isa a.s diturunkan pula? Apakah kita akan mengatakan hadis-hadis yang kita
yakini sebelum ini salah?
Apakah yang sepatutnya kita lakukan?
Cuba kita fikirkan dan renungkan….
No comments:
Post a Comment