Jangan sesekali kalian setuju dengan kebathilan..jangan sesekali kalian benarkan kebathilan..jangan sesekali kalian bersama dengan kebathilan..jangan sesekali kalian campuri kebenaran dengan kebathilan..jangan sesekali kalian meletakkan kebathilan melepasi kebenaran..barulah kalian menjadi orang yang benar di atas kebenaran..

Saturday, 24 November 2012

PENUTUPAN RUANGAN KOMEN


Mukaddimah

Salam penuh hormat dari kami. Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita semua. 

Pertamanya, kami bagi pihak PanjiLangit, ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pengunjung2 blog Panjilangit. Jika dilihat web traffic nya, tiba2 mendadak naik terutamanya apabila kami uploadkan klip video bertajuk Dialog Imam PanjiLangit dan Iblis, siri 1.0 dan siri 2.0. Blog kami terus mendapat hit mendadak sehinggalah sekarang. Alhamdulillah.


Pelbagai komen yang diterima, ada yang positif dan seperti biasa ada yang menganggapnya sebagai permainan jin dan seangkatannnya. Terpulang. Kadang2 kami geli hati tak kurang kami kasihan membaca komen2 yang seperti nampaknya benar tetapi sangat dangkal ilmunya.

Alhamdulillah sekali lagi, melihatkan dengan perkembangan semasa, matlamat kami mempromosikan blog ini untuk menarik minat pembaca maya di seluruh Malaysia malah di seluruh dunia kami anggap berjaya.

Lantaran daripada itu juga, kami menerima aduan bahawa PanjiLangit membawa ajaran sesat lagi menyesatkan – ini komen daripada beberapa ustaz yag kami kenali. Demi menegakkan kebenaran selaras dengan perjuangan PanjiLangit, kami berkunjung ke Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) meminta pandangan dan pendirian JAIM. Kunjungan pertama kami ke JAIM adalah pada 23 Okt 2012. Cerita asalnya kami mendapat satu panggilan telefon mendakwa dari JAIM yang menelefon Imam Jemiran. Dalam pertemuan tersebut kami menyatakan tentang apa aktiviti-aktiviti yang PanjiLangit lakukan, seperti aktiviti kerohanian dsbnya. Malah dengan berbesar hati kami menjemput mereka datang ke Raudhatul Ikhlas, Chabau untuk mendapat penjelasan yang lebih terperinci. Alhamdulillah, kami anggarkan 15-20 orang pihak JAIM, SB, JKKK, dsb telah hadir pada 23 Okt 2012. Di samping rakaman video, mereka juga bertanyakan maklum balas para hadirin yang hadir dan beberapa orang pengikut PanjiLangit.

Susulan daripada lawatan mereka, kami pula membuat follow-up untuk mendapatkan penjelasan daripada semua pihak berkuasa yang datang seminggu selepas itu. 

Pada 30 Okt 2012 kami berkunjung ke pejabat Polis Cawangan Khas (SB) di IPD Jasin. Kami memohon satu jawapan bertulis tentang hasil siasatan mereka. Kami telah bertemu dengan Inspektor Ratina dan beliau mengatakan tiada sebarang masalah tentang apa yang pihak PanjiLangit lakukan. Tetapi bukan menjadi praktik pihak SB untuk mengeluarkan kenyataan tentang sesuatu aduan. Bagaimanapun, Inspektor Ratina telah memberi jaminan lisan bahawa program kami boleh diteruskan tanpa sebarang masalah. Justeru, kami menyarankan sekiranya anda inginkan kepastian yang benar dan sahih, bukannya mendapat maklumat daripada khabar-khabar angin, kami cadangkan anda menghubungi terus ke IPD Jasin di talian telefon 06 - 5292222

Seterusnya, kami telah pergi ke JAIM sekali lagi pada 31 Okt 2012 untuk meminta pendirian JAIM. Malah, kami bawakan surat rasmi (sila klik DISINI untuk lampiran yg telah ditandatangan terima) untuk memohon hasil siasatan mereka. Kami sertakan juga aktiviti2 yang kami lakukan secara terperinci untuk memudahkan siasatan mereka (sila klik DISINI untuk paparan).

Pada 14 Nov 2012, kami telah bertemu dengan Pengerusi Masjid & Surau Seluruh Melaka. Kami terangkan kepada beliau tentang aktiviti PanjiLangit dan kami minta komen beliau. Katanya, tiada kepelikan, tiada yang salah kalau tujuan hendak betulkan mereka yang tersasar, terlanjur ke pangkal jalan. Boleh diteruskan.

Seterusnya, pada 16 Nov 2012, kami berjumpa pula dengan Mufti Negeri Melaka, kami terangkan tentang aktiviti-aktiviti yang kami lakukan.

Kenapa kami lakukan semuanya seperti di atas?

Mudah. Kami yakin kami berada di jalan kebenaran yang tunggal di akhir zaman. Tiada istilah takut dalam perjuangan kami. Tetapi tanggungjawab yang lebih sesuai kerana sebagai seorang Muslim kami mesti menyampaikan kebenaran terhadap Muslim yang lain. Sebagai memenuhi syariat yang masyarakat umum jangkakan. Maka, samada apa yang kami sampaikan diterima atau ditolak itu tidak penting kerana hidayah adalah pilihan dan ketentuan Allah. Kami juga sedar tiada paksaan di dalam beragama. Kami telah menjalankan tanggungjawab maka kami telah berlepas tangan. Moga, tiada lagi hujjah anda kepada kami di akhirat kelak.

Apa beza PanjiLangit, Ayah Pin, Rasul Melayu?
Sangat berbeza. Bagai langit dan bumi, bagai timur dan barat. Mereka terang-terangan rosak akidah berdasarkan apa yang mereka bawa. Sebaliknya, kami membetulkan akidah yang sebenar selaras dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW yang kini, kami dapati amat jauh tersasar.

Sila klik DISINI untuk ajaran Ayah Pin
Sila klik DISINI untuk ajaran Rasul Melayu

Sila klik DISINI untuk melihat kebenaran yang kami bawa.

Segitiga Freemason?
Agaknya semua jenis segitiga di seluruh dunia merujuk hanya kepada Freemason, ya? Kalau ya jawapan anda, maka tipudaya Iblis sememangnya berjaya. Jangan kek lapis Sarawak yang berbentuk segitiga pula dikatakan pejuang Freemason? Apa kata anda google kan perkataan “khatamun nubuwwah” dan lihat betul-betul apa yang dimaksudkannya? Cuba anda luangkan sedikit masa anda apa yang dimaksudkan khatamun nubuwwah, adakah hadis tentangnya, dsbnya.

Kenapa kami berblog | berfacebook | bertwitter?
Kami merasakan, sudah sampai masanya kami terjun ke ‘medan musuh’ melalui arena laman sesawang seperti blog, facebook dan twitter. Semata2 kerana untuk mengajak semua manusia kepada jalan yang benar, sebagai memenuhi tanggungjawab seorang Muslim dalam menyampaikan kebenaran. Namun, untuk anda menerima atau tidak, itu terpulang kepada masing2 kerana tiada paksaan dalam beragama. Wadah dakwah kami dalam mendekati masyarakat pula adalah dengan menawarkan rawatan alternatif terhadap penyakit2 baik penyakit mistik dan juga fizikal secara PERCUMA

Matlamat sebenar-benarnya adalah untuk membetulkan syahadah / syuhadah, menerangkan segala kekeliruan2, kesalahan2 di dalam Islam yang berlandaskan hadis 7 pintu langit. Kami juga mengijazahkan zikir-zikir harian sebagai amalan harian untuk meningkatkan kerohanian mereka dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim yang benar.

Selain itu, kami mengharapkan para ahli kerohanian, yang hijab2 terbuka, yang kasyaf, atau pun mereka yang sealiran dapat menyertai kami, dalam menggembleng tenaga untuk menghadapi cabaran akhir zaman. Namun, dari analisis kami, berdasarkan komen-komen yang diberi ternyata belum ada. Selain daripada cemuhan2, tuduhan2 yang menggambarkan keperibadian mereka, yang memberikan komen atau maklumat belum diketemui.

Kenapa kami tidak menjawab soalan-soalan yang diberikan? Tidak perlulah anda menunggu2 jawapan dari kami, nanti anda akan kecewa kerana bukan itu cara kami. Islam tidak menggalakkan kita berhujjah. Apa lagi di alam maya. Selari dengan arahan Imam kami bahawa tidak perlu berhujjah, misi kami hanya menyampaikan. Soal jawab di dalam alam maya agak tidak kena kerana segala latarbelakang, maksud soalan malah apa agama mereka juga tidak diketahui. Sebab itu kami lebih menyukai untuk bersemuka, berbincang secara berhemah di samping boleh mengeratkan silaturrahim dan boleh berkenal-kenalan sesama Muslim yang lain. Sebab itu kami menjemput sesiapa dengan apa tujuan sekalipun datang ke Raudhatul Ikhlas untuk sesi pencerahan, muzakarah ataupun muhasabah. Untuk pengetahuan, nombor telefon dan alamat tempat kami boleh dirujuk di dalam blog.

Kenapa titik beratkan hadis 7 pintu langit?
Imam kami telah membuat satu analogi yang mudah dan tepat dan kami amat berbesar hati untuk berkongsi kepada anda. Begini. Bayangkan, kita telah bekerja 30-40 tahun atau lebih lagi, maka telah sampai waktunya untuk kita hendak berehat panjang setelah sebanyak-banyak bekalan dan kekayaan telah kita kumpul selama berpuluh-puluh tahun. Maka anda yang datang dari utara Semenanjung datang dengan bekalan 7 gerabak emas untuk bercuti di hotel 7 bintang, di Singapura. Tiba-tiba, pasport anda ada masalah di Imigresen Singapura...maka apa perancangan cuti anda di hotel 7 bintang di Singapura, apa pula dengan bekalan 7 gerabak emas? Nah, pasport itu lah wahai pembaca budiman merujuk kepada 7 pintu langit. Manakala 7 gerabak emas pula merujuk kepada segala amalan-amalan yang anda semua lakukan sepanjang hidup anda. Kami akui, telah ramai kami jumpa, masyarakat sekarang rata-rata (bukan semua) menganggap perkara 7 pintu langit tersebut merupaka perkara yang sangat biasa untuk zaman sekarang. Sebagai contoh, pintu pertama: Mengumpat adalah perkara biasa, malah ianya merupakan ketagihan yang dicari, begitu juga dengan #2: beramal bukan kerana Allah.. sekarang sangat berleluasa. Begitu juga dengan pintu-pintu langit yang lain. Sebab itu, kami katakan kami mengajak kepada agama yang benar, selaras dengan ajaran dibawa oleh nabi kita, Muhammad SAW.  
   
Kesimpulan dan hala tuju seterusnya

  1. Ruangan komen kami disable kan kerana dibimbangi akan memberi kesan kepada pengunjung2 yang lain yang benar2 ingin mencari kebenaran. Apalagi, kalau komen2 negatif anda yang berbaur tuduhan atau fitnah yang menyebabkan penolakan pengunjung2 kepada jalan kebenaran ini? Tak pasal2 anda akan mendapat dosa percuma, tak begitu? Sebagai alternatif, kami galakkan anda mengunjungi kami seperti di alamat tertera di dalam blog ataupun kami bersedia ke tempat anda.
  2. Kepada anda atau keluarga anda yang pernah mendapat khidmat kami, cuba renungkan samada keadaan anda lebih baik atau lagi teruk. Kaji seeloknya apa yang kami nasihatkan kepada anda dan keluarga anda, adakah ianya bertentangan dengan ajaran Islam? Apa kata, cuba jalani dulu zikir yang diijazahkan, bertawajjuh dengan Allah SWT seikhlas mungkin untuk memberikan petunjuk kebenaran?
  3. Apa kata anda sebelum komen tentang jalan ini, tentang kami, cuba muhasabah diri, berapa banyak masa kita habiskan untuk beribadat – solat, zikir dsb dan berapa banyak pula masa dihabiskan untuk TV/filem2 dari DVD, berapa banyak masa anda berinternet – facebook, twitter, blog, instagram, dsb berapa banyak masa pula dengan telefon, suratkhabar, dsbnya? Berapa banyak masa pula untuk shopping, bermain game? Apa yang hendak kami katakan adalah, kalaulah masa anda banyak habiskan kepada yang bathil, beribadat pula kurang... fikirlah dahulu sebelum membuat komen-komen sedemikian, yang mencerminkan perwatakan anda sendiri. Jauh dalam hati, kami kasihan dengan keadaan anda yang tindak tanduk lebih dipengaruhi oleh nafsu.
  4. Kami juga akan mengeluarkan testimoni daripada mereka yang pernah mendapat khidmat kami. Sebelum berjumpa kami dan selepas berjumpa kami. Malah, kami pastikan mereka bersumpah laknat bahawa apa yang disampaikan adalah benar dan bukannya rekaan semata. Nasihat kami, jangan terkejut dengan pengakuan-pengakuan mereka. Renungkanlah dengan sebenarnya apa pengakuan mereka. Namun, terpulanglah kepada anda untuk membuat penilaian sendiri.
  5. Antara lain kenapa kami yakin dengan jalan ini adalah, ada yang anak-anak mereka sebelum mengenali PanjiLangit tersasar jauh dengan segala gejala-gejala sosial yang melampau namun tidak pula menjadi kerisauan kepada mereka. Tetapi, bilamana anak-anak mereka kembali ke pangkal jalan, menambahkan amalan2 dengan berzikir, membaiki kualiti solat, dsbnya seakan menjadi kerisauan yang teruk kepada mereka sehinggakan melaporkan kepada pihak berwajib. Kami hanya senyum dengan tipudaya licik musuh umat Adam, Iblis laknatullah.
  6. Tentang countdown masa “Until Tiba-Tiba”. Ramai yang keliru bahawa itu adalah tarikh hari Kiamat. Bukan! Itu adalah kemusnahan besar bumi yang menjuruskan kepada kehidupan zaman lampau. Namun, terpulang kepada anda. Bagi mereka yang berjumpa dengan kami, kami katakan simpan dulu komen negatif anda, apa kata tunggu dulu tarikh yang dikatakan itu, maka lihatlah siapa yang benar siapa yang sesat. Sekiranya benar, macamana? Adakah anda semua sudah sediakan diri anda dengan keimanan yang benar? Keimanan yang dapat menyelamatkan anda di negeri kekal abadi iaitu negeri akhirat kelak?
  7. Kalau anda tidak yakin dengan tarikh tersebut yang kononnya datang dari perkhabaran jin, apa salahnya kalau anda anggaplah tarikh tersebut sekurang-kurangnya memberikan motivasi kepada untuk bersedia tentang hari kematian sendiri. Adakah anda pasti anda boleh hidup sehingga 1 jam lagi? Atau esoknya? Minggu depan? Sebulan lagi? Ataupun 10 tahun lagi? Anda pastikah? Apakata kita sama-sama semak dan tambahkan amalan kita dan bersedia untuk menghadapi kematian bila-bila masa sahaja..bukankah ini yang terlebih baik?
  8. Soalan tentang kalau kami benar, kenapa kami tidak war-warkan? Senang. Belum masanya. Tunggulah sedikit masa lagi. Di kala semua mereka yang anda harapkan, yang berserban tebal, berjubah tebal, rupa-rupanya tidak dapat menolong. Maka Imam kami akan mendedahkan diri beliau yang sebenar. Ketahuilah, segala tindakan segala keputusan yang kami lakukan bukan mengikut hawa nafsu atau perasaan tetapi mengikut petunjuk Nya jua. Jawapan yang sama kami telah berikan kepada Iblis juga di dalam dialog siri 2.0. Kami pasti ramai yang telah memuat turunnya untuk apa juga tujuan.
  9. Tentang nabi Isa a.s. Sejauh mana pergaulan anda dengan mereka yang beragama Kristian? Tidakkah kefahaman anda tentang nabi Isa a.s. belum wafat itu sama dengan kepercayaan orang-orang Kristian? Adakah anda tahu itu? Bagaimana pula pendapat-pendapat Ulama-ulama dari Tanah Arab, Mesir, Lubnan dan lain2nya yang mengatakan berdasarkan Al-Quran dan Hadis bahawa Nabi Isa telah wafat? Bagaimana pula hadis Nabi yang mengatakan Nabi Isa telah wafat?
  10. Kami juga merujuk kepada wakil perundangan tentang isu fitnah berdasarkan Akta Fitnah 1957. Mengikut akta ini, terdapat 2 jenis fitnah iaitu libel dan slander. Libel adalah fitnah-fitnah yang dilemparkan dalam bentuk yang kekal seperti di buku, majalah, video, filem, tugu dan sebagainya. Manakala slander pula merujuk kepada fitnah yaang disampaikan dalam bentuk kata-kata atau gerak gaya (gestures). Nampaknya boleh teruskan prosiding kata wakil peguam kami. Fitnah adalah sesuatu yang impaknya sangat besar. Dalam hadis 7 pintu langit, ianya adalah pintu yang pertama. Cuba anda bayangkan semua yang mengikuti jalan kebenaran ini dilabelkan sesat, bagaimana pula dengan persepsi masyarakat, pihak-pihak berwajib, sanak saudara terhadap mereka dan keluarga-keluarga mereka yang terlibat? Sehinggakan ada pihak yang sanggup datang ke tempat kerja dengan wajah agama tetapi berbohong untuk berjumpa dengan salah seorang ahli keluarga, menghamburkan segala persoalan yang berbaur tuduhan-tuduhan dan prasangka-prasangka? Bagi kami ini adalah keterlaluan. Alhamdulillah. Segala komen-komen negatif anda kami telah simpan sebagai bahan bukti dan segala IP address mereka yang terlibat telah kami kesan dan perolehi. Sabarlah menunggu kejutan dari kami.

Salam hormat dari kami.

No comments:

Post a Comment