Jangan sesekali kalian setuju dengan kebathilan..jangan sesekali kalian benarkan kebathilan..jangan sesekali kalian bersama dengan kebathilan..jangan sesekali kalian campuri kebenaran dengan kebathilan..jangan sesekali kalian meletakkan kebathilan melepasi kebenaran..barulah kalian menjadi orang yang benar di atas kebenaran..

Saturday 23 June 2012

Al-Ghurur

AL-GHURUR – Terperdaya Dengan Diri Sendiri

Menurut Imam al Ghazali, seperti yang dibentangkan di dalam kitab Ihya’, orang-orang yang terperdaya oleh dirinya terbahagi kepada empat golongan dan setiap golongan mempunyai beberapa bahagian lain. Berikut adalah ringkasannya:

Golongan Ahli Ilmu/Ulama yang terpedaya dengan diri sendiri apabila:
·         Mereka tidak sedar bahawa ilmu terbahagi kepada dua, iaitu ilmu Muamalah (ilmu lahir) dan ilmu makrifat (ilmu batin).
·         Mereka hanya memikirkan ilmu lahir dan sibuk mengkaji terlampau dalam ilmu lahir, tetapi mereka melupakan ilmu batin.
·         Mereka hanya memperbanyakan ibadat lahir dengan mengabaikan pemeliharaan hati, padahal hati adalah pangkal segala ibadat.

“Barangsiapa bertambah ilmunya, tetapi tidak bertambah amalannya, ini bererti dia bertambah jauh dari Allah”

Golongan Ahli Ibadat/Ahli Beramal yang terpedaya dengan diri sendiri apabila mereka mementingkan fadilat dan sunnah, tetapi yang fardhu diabaikan. Antaranya, perasaannya terlalu tertumpu kepada pengamatan tasydid, perbezaan bunyi dha dan zha yang membuatkan dia lupa untuk memerhati dan menjaga syarat dan rukun, apa lagi untuk menghayati makna, hikmah dan rahsia solat. Perkara ini dikira ghurur kerana yang diperintahkan dalam membaca ayat Al-Quraan adalah seperti mana dalam menuturkan bahasa arab, bukan berlebih-lebihan dari yang sepatutnya.

Ahli Tassawuf yang terpedaya dengan diri sendiri apabila:
  • Mereka menganggap diri mereka hampir dengan Tuhan, padahal mereka hanya mengetahui nama-nama Nya.
  • Mereka menyangka mereka telah sampai kepada Allah, sedangkan Allah memandang mereka sebagai golongan fujjar dan munafik.
Golongan Hartawan yang terpedaya dengan diri sendiri apabila:
  • Mereka suka bersedekah terhadap fakir miskin, tetapi menginginkan kesaksian orang ramai.
  • Mereka mempunyai banyak wang tetapi terlalu menyayangi kekayaannya sehingga kedekut untuk membelanjakannya.
  • Mereka beranggapan bahawa menghadiri majlis ilmu telah memenuhi kewajipan mereka sebagai seorang Islam. Mereka menjadikan ia sebagai suatu kebiasaan dan berangapan bahawa mendengar tanpa beramal juga sudah melayakkan mereka untuk mendapat pahala dari Allah.

No comments:

Post a Comment