Jangan sesekali kalian setuju dengan kebathilan..jangan sesekali kalian benarkan kebathilan..jangan sesekali kalian bersama dengan kebathilan..jangan sesekali kalian campuri kebenaran dengan kebathilan..jangan sesekali kalian meletakkan kebathilan melepasi kebenaran..barulah kalian menjadi orang yang benar di atas kebenaran..

Wednesday 6 June 2012

Himpunan Dosa Dalam Kategori Sombong

Antara perbuatan-perbuatan yang boleh menyebabkan amalan seseorang itu terkandas di langit ketiga adalah seperti berikut: 

  1. Tidak rela/mahu menerima kebenaran walaupun disampaikan beserta dengan bukti yang jelas lagi dapat diterima oleh akal yang waras hanya kerana kebenaran tersebut disampaikan oleh orang yang tidak diketahui mempunyai latar belakang keagamaan yang tinggi, tidak mempunyai sanjungan dan pengikut yang ramai serta tidak mempunyai nama/gelaran hebat seperti habib, imam, ustas, maulana, tabligh atau tarikat, juga tidak berpenampilan keagamaan seperti berserban besar, berjubah atau berdahi hitam.
  2. Tidak mahu mengakui kesilapan diri walaupun telah dijelaskan disebabkan malu/segan dan merasakan tidak mungkin kesilapan itu diketahui oleh orang lain. Ingatlah, selain ALLAH S.W.T. ada makhluk lain yang boleh mengetahui kesilapan yang kita telah lakukan.
  3. Tidak menerima semua kebenaran yang dibentangkan kepadanya atau hanya menerima sebahagian kebenaran dan menolak sebahagian kebenaran yang lain.
  4. Memberikan pelbagai alasan dalam menerima kebenaran yang dibentangkan kepadanya.
  5. Mencampukan kebenaran dengan kebatilan agar pendapat/peganggan mereka diterima orang ramai.  

No comments:

Post a Comment