Jangan sesekali kalian setuju dengan kebathilan..jangan sesekali kalian benarkan kebathilan..jangan sesekali kalian bersama dengan kebathilan..jangan sesekali kalian campuri kebenaran dengan kebathilan..jangan sesekali kalian meletakkan kebathilan melepasi kebenaran..barulah kalian menjadi orang yang benar di atas kebenaran..

Saturday 23 June 2012

Sebab-Sebab Ghurur

SEBAB-SEBAB GHURUR
1.      Lalai dari menyelidik dan memuhasabah diri.
2.      Terlalu mendalami ilmu, terutama dalam  masalah yang pelik-pelik dan dalam masa yang sama meninggalkan amal ibadat.
3.      Bergantung dengan amal ketaatan dan lupa bahawa bukan amal yang memasukkan kita ke dalam syurga, tetapi rahmat Allah Ta’ala jua.
4.      Bergantung pada dunia, atau tenggelam dalamnya. Dia tahu dirinya telah dikuasai oleh dunia, tetapi tidak berusaha mengubah diri sendiri, menangguhkan taubat.
5.      Tokoh dilihat  tidak seperti yang sepatutnya. Kadangkala tokoh melakukan sesuatu yang dianggap longgar (namun masih dalam batas syarak),  tetapi dilihat oleh orang yang hendak mencontohinya. Ditambah dengan kefahaman yang kurang dan tabiah yang belum sempurna, dia menyangka tokoh itu lebih rendah daripada apa yang dijangka sehingga membawa kepada ghurur.
6.      Tokoh  yang terlalu menyembunyikan amalnya. Mungkin terlalu mencari ikhlas, lantas orang yang belum matang tabiahnya. Maka mereka sangka tokoh tersebut tiada suatu yang istimewa untuk dicontohi. Dia rasakan dirinya lebih baik dari tokoh tersebut, dan perasaan tersebut dituruti sehingga berlaku ghurur.

No comments:

Post a Comment