Pejuang Kebenaran, Pembawa Rahmat Alam Sejagat.. "Cukuplah Allah bagi kita, Allahlah sebaik-baik penolong, Demi Allah! Allah pasti menolong Wali-Nya, memenangkan agama-Nya dan mengalahkan musuh-musuh-Nya, Selama dalam pasukan Islam tidak melakukan kezaliman atau amal-amal kejahatan mereka mengalahkan amal-amal kebaikan..Fisabilillah..."

Jangan sesekali kalian setuju dengan kebathilan..jangan sesekali kalian benarkan kebathilan..jangan sesekali kalian bersama dengan kebathilan..jangan sesekali kalian campuri kebenaran dengan kebathilan..jangan sesekali kalian meletakkan kebathilan melepasi kebenaran..barulah kalian menjadi orang yang benar di atas kebenaran..
Monday, 30 July 2012
Saturday, 23 June 2012
Sebab-Sebab Ghurur
SEBAB-SEBAB GHURUR
1. Lalai dari menyelidik dan memuhasabah diri.
2. Terlalu mendalami ilmu, terutama dalam masalah yang pelik-pelik dan dalam masa yang sama meninggalkan amal ibadat.
3. Bergantung dengan amal ketaatan dan lupa bahawa bukan amal yang memasukkan kita ke dalam syurga, tetapi rahmat Allah Ta’ala jua.
4. Bergantung pada dunia, atau tenggelam dalamnya. Dia tahu dirinya telah dikuasai oleh dunia, tetapi tidak berusaha mengubah diri sendiri, menangguhkan taubat.
5. Tokoh dilihat tidak seperti yang sepatutnya. Kadangkala tokoh melakukan sesuatu yang dianggap longgar (namun masih dalam batas syarak), tetapi dilihat oleh orang yang hendak mencontohinya. Ditambah dengan kefahaman yang kurang dan tabiah yang belum sempurna, dia menyangka tokoh itu lebih rendah daripada apa yang dijangka sehingga membawa kepada ghurur.
6. Tokoh yang terlalu menyembunyikan amalnya. Mungkin terlalu mencari ikhlas, lantas orang yang belum matang tabiahnya. Maka mereka sangka tokoh tersebut tiada suatu yang istimewa untuk dicontohi. Dia rasakan dirinya lebih baik dari tokoh tersebut, dan perasaan tersebut dituruti sehingga berlaku ghurur.
Al-Ghurur
AL-GHURUR – Terperdaya Dengan Diri Sendiri
Menurut Imam al Ghazali, seperti yang dibentangkan di dalam kitab Ihya’, orang-orang yang terperdaya oleh dirinya terbahagi kepada empat golongan dan setiap golongan mempunyai beberapa bahagian lain. Berikut adalah ringkasannya:
Golongan Ahli Ilmu/Ulama yang terpedaya dengan diri sendiri apabila:
· Mereka tidak sedar bahawa ilmu terbahagi kepada dua, iaitu ilmu Muamalah (ilmu lahir) dan ilmu makrifat (ilmu batin).
· Mereka hanya memikirkan ilmu lahir dan sibuk mengkaji terlampau dalam ilmu lahir, tetapi mereka melupakan ilmu batin.
· Mereka hanya memperbanyakan ibadat lahir dengan mengabaikan pemeliharaan hati, padahal hati adalah pangkal segala ibadat.
“Barangsiapa bertambah ilmunya, tetapi tidak bertambah amalannya, ini bererti dia bertambah jauh dari Allah”
Golongan Ahli Ibadat/Ahli Beramal yang terpedaya dengan diri sendiri apabila mereka mementingkan fadilat dan sunnah, tetapi yang fardhu diabaikan. Antaranya, perasaannya terlalu tertumpu kepada pengamatan tasydid, perbezaan bunyi dha dan zha yang membuatkan dia lupa untuk memerhati dan menjaga syarat dan rukun, apa lagi untuk menghayati makna, hikmah dan rahsia solat. Perkara ini dikira ghurur kerana yang diperintahkan dalam membaca ayat Al-Quraan adalah seperti mana dalam menuturkan bahasa arab, bukan berlebih-lebihan dari yang sepatutnya.
Ahli Tassawuf yang terpedaya dengan diri sendiri apabila:
- Mereka menganggap diri mereka hampir dengan Tuhan, padahal mereka hanya mengetahui nama-nama Nya.
- Mereka menyangka mereka telah sampai kepada Allah, sedangkan Allah memandang mereka sebagai golongan fujjar dan munafik.
Golongan Hartawan yang terpedaya dengan diri sendiri apabila:
- Mereka suka bersedekah terhadap fakir miskin, tetapi menginginkan kesaksian orang ramai.
- Mereka mempunyai banyak wang tetapi terlalu menyayangi kekayaannya sehingga kedekut untuk membelanjakannya.
- Mereka beranggapan bahawa menghadiri majlis ilmu telah memenuhi kewajipan mereka sebagai seorang Islam. Mereka menjadikan ia sebagai suatu kebiasaan dan berangapan bahawa mendengar tanpa beramal juga sudah melayakkan mereka untuk mendapat pahala dari Allah.
Monday, 11 June 2012
Wednesday, 6 June 2012
Himpunan Dosa Dalam Kategori Suma'ah dan Riya
Antara perbuatan-perbuatan yang boleh menyebabkan amalan seseorang itu terkandas di langit ketujuh adalah seperti berikut:
- Suma'ah :- Mahu amalan/peribadatannya diperdengarkan kepada orang lain dengan maksud selain dari Tuhan.
- Riya :- Mahu amalan/peribadatannya dilihat orang lain.
Himpunan Dosa Dalam Kategori Menganiaya
Antara perbuatan-perbuatan yang boleh menyebabkan amalan seseorang itu terkandas di langit keenam adalah seperti berikut:
- Tidak memperdulikan kemaslahatan orang/makhluk Tuhan yang lain demi mencapai kehendak nafsu dan syahwat diri sendiri.
Himpunan Dosa Dalam Kategori Hasad
Antara perbuatan-perbuatan yang boleh menyebabkan amalan seseorang itu terkandas di langit kelima adalah seperti berikut:
- Tidak menyukai/mempertikaikan nikmat ALLAH S.W.T. yang telah ALLAH S.W.T. kurniakan kepada hamba-hambanya/makhluk-mahkluknya.
- Mahu/menginginkan supaya nikmat-nikmat yang telah dikurniakan ALLAH S.W.T kepada orang lain itu hilang dari pemiliknya.
- Mahu/menginginkan supaya supaya nikmat-nikmat yang telah dikurniakan ALLAH S.W.T kepada orang lain itu diberikan kepadanya walau dengan apa cara sekali pun.
Himpunan Dosa Dalam Kategori Ujub'
Antara perbuatan-perbuatan yang boleh menyebabkan amalan seseorang itu terkandas di langit keempat adalah seperti berikut:
- Merasa ajaib/hairan/kagum dengan kebolehan diri sendiri dalam melakukan setiap perkara terutama dalam pengibadatan kepada Tuhan. Contohnya:
- Merasakan dengan sebab usaha yang telah dilakukannya menyebabkan sesuatu rancangan itu berjaya disempurnakan.
- Merasakan dengan sebab idea yang dilontarkannya menyebabkan sesuatu perkara yang dirancang itu berjaya dilaksanakan.
- Kagum dapat melaksanakan solat sunat dengan rakaat yang banyak.
- Kagum dengan amalan zikir yang dilakukan dengan kuantiti yang banyak dan dalam tempoh masa yang lama tanpa menyandarkan bahawa daya upaya itu datangnya dari ALLAH S.W.T.
Himpunan Dosa Dalam Kategori Sombong
Antara perbuatan-perbuatan yang boleh menyebabkan amalan seseorang itu terkandas di langit ketiga adalah seperti berikut:
- Tidak rela/mahu menerima kebenaran walaupun disampaikan beserta dengan bukti yang jelas lagi dapat diterima oleh akal yang waras hanya kerana kebenaran tersebut disampaikan oleh orang yang tidak diketahui mempunyai latar belakang keagamaan yang tinggi, tidak mempunyai sanjungan dan pengikut yang ramai serta tidak mempunyai nama/gelaran hebat seperti habib, imam, ustas, maulana, tabligh atau tarikat, juga tidak berpenampilan keagamaan seperti berserban besar, berjubah atau berdahi hitam.
- Tidak mahu mengakui kesilapan diri walaupun telah dijelaskan disebabkan malu/segan dan merasakan tidak mungkin kesilapan itu diketahui oleh orang lain. Ingatlah, selain ALLAH S.W.T. ada makhluk lain yang boleh mengetahui kesilapan yang kita telah lakukan.
- Tidak menerima semua kebenaran yang dibentangkan kepadanya atau hanya menerima sebahagian kebenaran dan menolak sebahagian kebenaran yang lain.
- Memberikan pelbagai alasan dalam menerima kebenaran yang dibentangkan kepadanya.
- Mencampukan kebenaran dengan kebatilan agar pendapat/peganggan mereka diterima orang ramai.
Himpunan Dosa Dalam Kategori Beramal Kerana Dunia
Antara perbuatan-perbuatan yang boleh menyebabkan amalan seseorang itu terkandas di langit kedua adalah seperti berikut:
- Menjalani peribadatan/ketaatan melalui amalan keagamaan seperti solat, puasa, sedakah, berzikir, selawat, membaca ayat suci Al-Quraan atau mengamalkan sunnah nabi Muhammad S.A.W. bertujuan kerana dunia dan keduniaan. Contohnya:
- Solat Duha untuk dimurahkan rezeki.
- Membaca surah Yaasiin untuk dipermudahkan urusan pekerjaan.
- mengamalkan sunnah nabi Muhammad S.A.W. kerana baginda S.A.W. dan bukan kerana ALLAH S.W.T. semata-mata/ atau bercampur antara ALLAH dengan selainnya.
Himpunan Dosa Dalam Kategori Mengumpat
Antara perbuatan-perbuatan yang boleh menyebabkan amalan seseorang itu terkandas di langit pertama adalah seperti berikut:
- Mencari kesalahan orang lain.
- Melihat keburukan orang lain.
- Sangka buruk kepada orang lain.
- Salah sangka kepada orang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)