Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena
bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012.
Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah
jangkaan manusia sahaja.
Pejuang Kebenaran, Pembawa Rahmat Alam Sejagat.. "Cukuplah Allah bagi kita, Allahlah sebaik-baik penolong, Demi Allah! Allah pasti menolong Wali-Nya, memenangkan agama-Nya dan mengalahkan musuh-musuh-Nya, Selama dalam pasukan Islam tidak melakukan kezaliman atau amal-amal kejahatan mereka mengalahkan amal-amal kebaikan..Fisabilillah..."

Jangan sesekali kalian setuju dengan kebathilan..jangan sesekali kalian benarkan kebathilan..jangan sesekali kalian bersama dengan kebathilan..jangan sesekali kalian campuri kebenaran dengan kebathilan..jangan sesekali kalian meletakkan kebathilan melepasi kebenaran..barulah kalian menjadi orang yang benar di atas kebenaran..
Sunday, 28 October 2012
Wednesday, 24 October 2012
KEHIDUPAN DI DUNIA
Kehidupan di dunia
ini hanyalah satu sandiwara yang mana kita adalah pelakon-pelakonnya dan
beraksi berdasarkan skrip yang telah ditetapkan Tuhan.
Cuba fikirkan..andai seorang pelakon tidak beraksi
mengikut skrip, apa reaksi pengarah?
KEHIDUPAN SEBENAR
Segala keindahan dan
kesenangan dunia itu akan hilang apabila datangnya kematian. Dari kematian itu maka
bermulalah kehidupan sebenar yang kekal abadi. Sekiranya nikmat yang
diperolehi, maka berbahagialah selama-lamanya..dan sekiranya azab yang
ditetapkan, akan sengsaralah selama-lamanya.
Cuba fikirkan..sudah bersediakah kita untuk menghadapi
kematian?
HAMBA
Seharusnya sifat seorang
hamba itu dia perlu menerima apa sahaja yang telah ditentukan oleh Tuhannya.
Dan sesungguhnya
takdir..ajal dan maut, jodoh dan pertemuan serta rezeki itu telah ditetapkan
Tuhan lama sebelum lahirnya seseorang hamba itu.
Cuba fikirkan..Adakah kita layak digelar sebagai hamba-Nya
sekiranya kita mempertikaikan ketentuan Nya..? dan sekiranya kita tidak layak
menjadi hamba ALLAH, di manakah tempat kita? Bolehkah kita mencari dunia lain
yang bukan dalam kekuasaan Nya?
KATEGORI ISLAM
Orang Islam itu boleh
dikategorikan kepada empat golongan seperti berikut:
- Islam di sisi masyarakat, Islam di sisi ALLAH.
- Islam di sisi ALLAH, kufur di sisi masyarakat.
- Islam di sisi masyarakat, kufur di sisi ALLAH.
- Kufur di sisi masyarakat, kufur di sisi ALLAH.
Cuba fikirkan..Kita dalam kategori yang mana?
BERIMAN
Kita percaya seorang
pemanah tersohor mampu memanah tepat kepada sasarannya. Namun, kita tidak yakin
apabila diminta untuk meletakkan buah epal di atas kepala untuk dipanah oleh
pemanah tersebut.
Cuba fikirkan..adakah beriman itu sekadar kita percaya
tanpa perlu meyakini..?
Friday, 12 October 2012
HIDUP DI DUNIA DAN AKHIRAT
Sedarlah, hidup di dunia ini
nilainya kurang 1 peratus jika dibanding dengan kehidupan di akhirat. Jika kita
merasa nikmat dalam kekayaan, rasa nikmat itu kurang 1 peratus rasa nikmat di
akhirat.. dan jika kita rasa sengsara hidup di dunia, rasa sengsara itu kurang
1 peratus rasa sengsara di akhirat.
Dan ingatlah mati di dunia
ini merupakan titik mula kehidupan di akhirat, jika kita gagal maka akan
gagallah selama-lamanya.
Cuba
fikirkan..adakah kita mahu menggadai kebahagiaan hidup di akhirat
dengan kelekaan kesenangan dunia yang nilainya kurang 1 peratus nikmat
akhirat? Tidakkah kita mahu merasa sedikit sengsara menolak godaan-godaan dunia
untuk mengelak sengsara yang berlipat kali ganda besarnya di akhirat kelak?
Subscribe to:
Posts (Atom)