Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena
bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012.
Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah
jangkaan manusia sahaja.
Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam
semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember
2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah Galactic Alignment atau “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana
matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi
akan bertukar tempat dari 3 dimensi ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke 4 dimensi.
Semasa
proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita
akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar,
tanpa cahaya matahari.
Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah,
ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa,
dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari itu.
Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3
hari tersebut. Adakah benar ianya akan berlaku dan kalau benar, adakah ianya
berlaku pada tarikh-tarikh tersebut atau 2-3 hari selepasnya, hanya Allah yang
Maha Mengetahui segalanya, wallahu ‘alam.
http://www.youtube.com/watch? v=_AMGkAU91sA
http://www.youtube.com/watch?
No comments:
Post a Comment