Jangan sesekali kalian setuju dengan kebathilan..jangan sesekali kalian benarkan kebathilan..jangan sesekali kalian bersama dengan kebathilan..jangan sesekali kalian campuri kebenaran dengan kebathilan..jangan sesekali kalian meletakkan kebathilan melepasi kebenaran..barulah kalian menjadi orang yang benar di atas kebenaran..

Monday, 8 October 2012

SIFAT SI IBLIS



Sesungguhnya iblis itu mempunyai sifat sombong yang tersombong dan angkuh yang terangkuh. Berikut adalah contoh kesombongan dan keangkuhan si iblis:
  • dia melepaskan tuhan dan melihat keupayaan dirinya sendiri kerana dia merasakan dia mampu berdiri sendiri tanpa pertolongan tuhannya selepas dilemparkan keluar dari syurga.
  • dia tahu tuhannya maha pengampun, namun dia tidak memohonkan keampunan apabila tuhannya murka kepadanya, sebaliknya dia meminta supaya dipanjangkan umur untuk menyesatkan anak adam sehingga kiamat.

Cuba fikirkan..adakah kita menuruti sifat iblis itu dalam menjalani kehidupan seharian..?

No comments:

Post a Comment