Kita ditawarkan percutian
yang hebat di Singapura dengan tawaran hotel 5 bintang, taman tema dan pusat
beli belah yang termasyhur. Tetapi, jika kita tiada passport yang sah untuk
memasuki Singapura, kita bawa emas segerabak keretapi pun tiada gunanya..
Begitu juga kita dalam
melaksanakan amal ibadat, sememangnya janji ALLAH s.w.t. itu benar, ada
dijanjikan pahala dan syurga dengan bidadari yang hebat… Namun, tiada gunanya
kita banyak beramal..solat beratus rakaat, puasa berbulan-bulan tetapi kita
terlupa menjaga kesempurnaan syuhadah (passport).
Ingatlah, kesempurnaan
syuhadah itu bergantung kepada 7 perkara, iaitu:
1.
Tidak
mengumpat,
2.
Tidak
beramal kerana dunia,
3.
Tidak
sombong
4.
Tidak
ujub’
5.
Tidak
mempunyai sifat Hasad
6.
Mempunyai
sifat kasih sayang/tidak menganiaya, dan
7.
Tidak
bersikap sum’at/riya.
Cuba fikirkan...dalam seharian
adakah kita bebas dari perkara-perkara yang boleh merosakan kesempurnaan syuhadah..?
No comments:
Post a Comment