Jangan sesekali kalian setuju dengan kebathilan..jangan sesekali kalian benarkan kebathilan..jangan sesekali kalian bersama dengan kebathilan..jangan sesekali kalian campuri kebenaran dengan kebathilan..jangan sesekali kalian meletakkan kebathilan melepasi kebenaran..barulah kalian menjadi orang yang benar di atas kebenaran..

Monday, 8 October 2012

BERAMAL UNTUK APA?

Kenangkan kembali berapa banyak nikmat yang telah kita terima dari dalam kandungan ibu sehingga kini..dan lihat pula bertapa pemurahnya ALLAH s.w.t. apabila mengurniakan nikmat kepada kita tanpa hisab sehingga kita akhil baligh..

Cuba fikirkan..adakah wajar kita melakukan amal ibadat untuk memperolehi kesenangan-kesenangan dunia (beramal kerana dunia)..? adakah amalan-amalan yang kita telah lakukan selama ini telah dapat membalas nikmat-nikmat yang telah dikurniakan Tuhan?..Tidakkah kita merasa malu kerana mempunyai keinginan-keinginan dalam beribadat?

No comments:

Post a Comment